Minta maaf pada Norman Hakim

Salam!

Mungkin aku terlambat untuk up-date pasal Norman Hakim.Satu Malaya dah tahu mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri.

Pada 29 Julai yang lepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur telah membebaskan dan melepaskan Norman Hakim dan pasangannya Memey atau Suhaizah Suhaimi.Bermakna dia tidak bersalah dalam kes yang didakwa tempohari.

Masa kes ini sedang hangat diperkatakan banyak suara-suara sumbang menghina,mengutuk,mengeji Norman dan Memey.Macam-macam tuduhan dilemparkan keatas mereka berdua.Ada juga yang memandai-mandai buat andainya sendiri kononya mereka berbuat perkara yang tidak baik didalam pejabat Norman itu sendiri.

Bila Mahkamah sudah mengesahkan mereka ini tidak bersalah,bagaimana dosa orang yang telah mengumpat dan mengeji mereka berdua dahulu?.Setahu aku dosa dengan manusia kena minta maaf dari manusia itu sendiri.Kalau dengan Allah boleh minta dengan Allah sebab Dia maha pengampun.Kalau manusia susah sikit nak cerita,bergantung pada diri manusia itu sendiri.

Saat ini aku terfikir bagaimana pula dengan blogger yang membuat liputan meluas masa kes itu tengah hangat?.Cacian dan makian penuh dalam senarai pengomen blog tersebut.

Bila mereka sudah bernikah masih ada lagi yang tidak berpuas hati,terutama peminat bekas isteri Norman.Bagi aku kalau mereka dah jadi suami isteri tak perlu kata apa-apa dah, doakan sahaja mereka bahagia itu lebih afdal.

Syukur aku tak pernah caci maki mereka berdua bila kes mereka hangat diperkatakan.Aku angkat topi dengan cara Norman Hakim menangani masalah mereka.Norman lebih cool dari bekas isterinya..macam tulah ciri-ciri lelaki macho!

Anda ada buat dosa tak dengan Norman dan Memey?.Masih belum terlambat untuk meminta maaf!

Nota Kaki : Bukan entri bodek Norman yea,atas dasar ingat mengingati sesama islam :)

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Related Posts:

  • No Related Posts
You can leave a response, or trackback from your own site.

22 Responses to “Minta maaf pada Norman Hakim”

  1. izwannizam says:

    orang kita sesetengahnya suka terus menghukum walaupun mahkamah sendiri kata dia tak bersalah…pelik dengan perangai manusia ini
    izwannizam artikel terbaru saya..Umur Persaraan Dilanjutkan 70 TahunMy Profile

  2. iPhoneScope says:

    Nasib baik aku tak ambil kisah pesal kes ni dlu.. baca2 jer, n buta tak tau jer… Moga2 dia terus kekal bahagialah dgn pasangan barunya..
    iPhoneScope artikel terbaru saya..What is the Latest News for Apple iPhone 5?My Profile

  3. DnoBiz says:

    terbaik bro…
    sebenarnya banyak lagi kes yang kita dah hukum dan tak terima apa yang diputuskan mahkamah…, hasil siasatan pihak berkuasa,dan penjelalasn pihak yang dituduh walaupun disertakan bukti..
    ingat ingatlah kembali
    DnoBiz artikel terbaru saya..Petua Untuk Lelaki – Lelaki awas 5 petunjuk iniMy Profile

  4. fattah says:

    smoga kekal ke akhir hayat

  5. ARC says:

    ceh yang komen semua kaki jilat punggung owner bog. Nak trafik ke hapa?

    of course la dia nampak lagi cool. Anak dia tak jaga, dapat pulak lubang lagi bergetah. Apa lak tak salah, kalau kantoi berkhalwat, berdua-duaan sentiasa salah tak kisahlah di mana pun

    duit ada semua jadi bro

    isu lama nak tulis balik mesti xde idea ni…
    ARC artikel terbaru saya..Kenaikan 6% Mas Kahwin Mengikut NegeriMy Profile

    • azman says:

      Berbudi bahasa amalam hidup kita!

      Kau Tuhan ker nak judge dia?.Memang isu lama, nampaknya saudara hanya komen membabi buta tidak membaca dari awal.

      Disini saya tekan kan bagaimana dengan orang2 yang maki hamun mereka dulu,itu sahaja.Yang saudara melalut tak tentu pasal kenapa?.
      Nampaknya saudara lebih tahu kain dalam rumah tangga Norman dari Norman sendiri!
      Hebat!!!

      Terima Kasih kerana berminat komen disini.

  6. Amirez says:

    itulah bahayanya kalau menuduh tanpa bukti biarpun sekadar di blog. jangankan sebelum kawen, dah lepas kawen pun diorang berdua ni tetap dicaci dikeji dimaki. bertambah2 dosa orang yg mengeji, bertambah2 pahala diorang berdua ni dapat. doakanlah yg terbaik buat norman ngan memey. bina masjid itu adalah perkara yg sangat mulia
    Amirez artikel terbaru saya..Wordless Wednesday #11My Profile

  7. Juan says:

    kita sesama doakan yg terbaik utk mereka

  8. titan says:

    dah kahwin pun. Aku harap diorang insaf dan bertaubat aje. Yang lepas tu, lepas la..

  9. Pacifista says:

    harap kekal hingga akhir hayat :)
    Pacifista artikel terbaru saya..Highlight Bonus PacifistaMy Profile

  10. alina says:

    Semoga happy &berkekalan ke akhir hayat..,Utk Abbypun..”semoga mendapat pengganti yg lbh baik”

  11. nizamghazi says:

    Nasib bek sy tak suka tulis gosip pasal artis ni
    Apa2 pun tahniah buat mereka berdua sbb dah nikah

Leave a Reply

CommentLuv badge