
Salam!
Satu soalan nak tanya boleh tidur ker?
Mungkin ada yang marah-marah sebab tak boleh tidur bunyi mercun yang kuat menjelang detik 12 malam.Bagi yang tinggal dikawasan yang ramai penduduk berbangsa cina tentu ada sedikit gangguan malam ni.Biarkanlah mereka nak happy-happy hari ni.Kita kan hidup dalam masyarakat majmuk kena terima benda-benda macam ni.Bukan tiap-tiap hari pun,setahun sekali jer.
Tapi ada sedikit keraguan dalam hati ni,mercun kan telah diharamkan penjualan nya,macam mana boleh diseludup masuk ke negara kita ni?.Tak kira apa perayaan sekali pun tetap kendengaran bunyi mercun dimana-mana.Bila time raya cina tak ada pulak dengar ada yang putus tangan,putus kaki tak macam raya melayu.Orang cina main mercun ikut law agaknya.Mereka main mercun untuk tujuan perayaan sahaja dan anak-anak mereka tak kreatif macam anak melayu siap boleh buat bom mercun lagi.
Teringat masa kecik-kecik dulu selalu juga modified bunga api sembur letak dalam antena tv lepas tu buat sumbu supaya senang untuk dinyalakan.Bila bakar bunyinya jangan cakap lah sebijik bunyi bom,kalau letak dalam sungai mau timbul ikan.Kalau yang tak berapa berani mereka akan balut dengan kertas yang tebal,buat sumbu lepas tu bakar.Tapi yang ni hanya budak-budak darjah satu jer yang main,mana ada kelas sebab bunyi tak sekuat yang dalam antena tv tu.Budak melayu memang kreatif
Tapi sekarang mercun dah berubah tak sama macam mercun masa tahun 80an.Mercun sekarang tak perlu modified dah.Bunyi memang bergegar bumi sekitarnya.Mercun sekarang dah sama macam mercun untuk sambut tahun baru,cuma apinya tak sebesar tahun baru punya.Tapi bukan semua mampu main sebab mahal sangat.Kalau ada pun anak-anak polis dan anak kastam yang main sebab mercun tu mercun rampasan.Kalau nak beli duit sendiri mau beratus-ratus harga nya.
Ibu bapa sekarang memang tak galakan anak main mercun.Kalau ada pun main bunga api yang sembur tu.Itupun bahaya juga kalau tak dipantau,sebab boleh terhala kepada rakan mereka.Kalau kena tepat pada mata boleh jadi buta.Kalau tak bagi main nanti kempunan pulak budak-budak ni,kalau dah bagi nanti di modified pulak mercun tu.So senang citer jangan bagi main!
Ok lah bunyi mercun dah makin kurang tapi ada juga sisa-sisa bunyi yang sekali-sekala mengangu aku nak buat entri ni.Nyonya kat depan rumah pun dah masuk rumah sebab semua duit-duit sudah dihantar ke syurga dan hantu-hantu semua sudah lari jauh-jauh! hahaha…
Good nite!
loading...
loading...




January 31st, 2012
azman
Posted in
Tags: 

salam..
kat sini aman je Bro
agaknya mercun dah habis kut?
zulkbo artikel terbaru saya..Cara Memohon Skim (SARA) Amanah Rakyat 1 Malaysia
Kalau aman bagus lah kat rumah saya ni mmg bising,tapi tak per lah setahun sekali jer.
Meriah.. dr Tkt 14 ni hampir satu KL dpt dilihat meriahnya mercun n bunga api tu. Apa pun, semangat menyambut perayaan tu yg dikira.
Yup betul tu yus!
mercun kali ni bukan mercun biasa..semua jenis besar,mcm bunga api time sambut merdeka..bunyi jgn cakap..apalah lg pasang tu tepat2 dpn rumah,haru biru dibuatnya..hu3x….sabar2
Bukan selalu setahun sekali jer:)
di kawasan saya pun masih ada bunyi2 mercun…walaupun agak mengganggu, jauh dalam hati saya sgt mengharapkan anak2 melayu BELAJAR cara2 chinese main mercun…aspek keselamatan masih terjaga, bukan main membabi buta
sollehahn artikel terbaru saya..6 Jutawan Muda Dunia Teknologi
Memang betul tu,org cina lebih kepada aspek keselamatan bila main mercun
owh patutlah semalam bunyi mercun sana sini, ingatkan apa
dah kena serang malam tadi. bertubi-tubi dengan bunyi mercunn..
ohcikgu artikel terbaru saya..Be there for you – Amirul Izwan
banyak yg lompong..tu yg senang je mercun ni nak diseludup masuk..
bardboo artikel terbaru saya..Keburukan Bila Menggunakan WordPress
bising. bukannya nak ajak aku main sekali.
titan artikel terbaru saya..Dua hari terakhir..
Betultuh dentuman mercun menyebabkan tanah bergegar ia membayangkan betapa kuatnya kesan letupan yang dihasilkan.
akubiomed artikel terbaru saya..Wordless Wednesday – #Pujukan ombak rindu di Zoo Melaka
saya tau kat mana bezanya..dorang tak de putus2 tgn sebab biasanya dorang main bersama mak ayah dorang.. org dewasa ada bersama dan bermain secara hikmah.. kita, main dah le sorok2 pastu mercun pun sorok2 modified.. so, jadilah putus jari bagai..
penah gak main, tapi modified sikit2 jer..
fiezaradzi artikel terbaru saya..Penat
yg geram mlm tu, anak kecik yg dah tidur terjaga nangis2, sbb terkejut dgr bunyi mercun pukul 12.30malam gitu.. kesian anak saya.. huhu.. boleh main, tapi harap2 main kat padang ke, main awal sikit ke, ok la kan..
fiezaradzi artikel terbaru saya..Penat
Dah biasa dah,… nak buat camana
tapi teringat plak zaman budak2 dulu main meriam buluh 

shraqs artikel terbaru saya..Wilayah Persekutuan