Ragam Kaki Nombor

 

Salam Hujung Minggu!

Cuaca di Kuala Lumpur pagi ni(sabtu) hujan renyai-renyai macam antara nak dan tak nak hujan.Bagus juga sebab semalam panas terik sebelum Jumaat.Bila dah hujan perut pun cepat lapar,padahal pagi tadi sebelum pergi kerja dah sarapan.

Seperti biasa kedai mamak jadi taruhan pagi ni.Kali ni pergi yang jauh sikit dari office..bukan semua kedai mamak sedap dan bersih.Ada satu kedai mamak yang menarik perhatian.Kebetulan kedai mamak berhadapan dengan kedai Saham 1 Malaysia.

Memang kedai ni 1 Malaysia sungguh,ada semangat lain macam sebab pelabur terdiri dari berbagai kaum.Paling banyak pelabur cina diikuti pula pelabur dari melayu(bukan islam kut).Pelabur dari india agak sedikit bilangan nya mungkin mereka tidak melabur pada hari ni.

Pelabur Melayu agak malu-malu bila masuk kedai saham.Siap tengok kiri dan kanan..eh salah ker melabur ni?.Kedai saham semakin penuh orang.Banyak sungguh orang melabur hari ni.Kalau menjelang petang rasanya siap long que agaknya.

Bila selesai beli saham ragam pelabur melayu lain macam sikit.Tiket saham diletakan dalam poket depan.Lepas tu mereka duduk ditepi kaki lima atau kedai minum.Tiket di belek satu persatu,ditenung lama-lama,lepas tu angguk-angguk,geleng-geleng,sekejap senyum,sekejap kerut dahi macam tak puas hati!.Disimpan semula dalam poket sambil hisap rokok.Tak sampai 5 minit dibelek lagi sekali.Mungkin tak puas hati lagi kut..atau memang saham nak mengena!.

Ragam pelabur cina pulak,dari jauh nampak mereka melabur dengan banyak.Mereka ni lain macam jugak bila melabur,mesti kaw-kaw beli saham.Kalau saham mengena satu tahun punya gaji dah dapat.Lepas mereka beli,tak tengok dah kiri kanan,tiket masuk poket  jalan teruss….tanpa belek tiket macam pelabur melayu.Bagi mereka kalau kena adalah..kalau tak mereka tak kisah,adat melabur ada untung dan rugi.

Agak kelakar bila tengok pelabur india.Tiket ditenung lama,lepas tu ditepuk2 sambil kepala digeleng-geleng macam hero Sivaji bila mengorat awek lagaknya.Kadang-kadang ada kedengaran perkataaan ayoo…yoo.Mungkin jampi serapah mereka agaknya.

Kedai saham makin lama makin ramai orang dan berbagai ragam boleh dilihat.Memang senario biasa dapat dilihat setiap Rabu,Sabtu dan Ahad.

Harap kedai saham bertambah untung dan pelabur bertambah rugi.Namun ragam mereka tetap sama!

JUDI ADALAH HARAM DISISI AGAMA ISLAM!

Happy Weekend!

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Related Posts:

  • No Related Posts
You can leave a response, or trackback from your own site.

30 Responses to “Ragam Kaki Nombor”

  1. alina saidi says:

    he3x..ingtkan labur apa benda..rupa2nya melabur no ekor:)

  2. Juan says:

    ni saham haram nih, hehe

  3. ha… tu dalam gambar tu sape punya tangan tu? :-)

    Macam-macam ragam…

    Pernah tak datang timesquare tingkat 13? Kalau hari sabtu akan di adakan proses cabutan nombor, nak tau nombor apa yang naik.
    sabree hussin artikel terbaru saya..Jangan Risau, Ucapan Maaf Itu Tak Akan Menjadikan Kita Hina…My Profile

  4. Fakhruddin says:

    w0w..saham ni boleh masuk neraka ni..
    x waras betul la manusia zaman skarang ni…trutamanya mlayu..
    benda ni tak haram dari segi undang2 kan…nak wat camna..

  5. akubiomed says:

    Saya sendiri malu dengan anak-anak apabila ditanya apa yang dibuat oleh orang kita di kedai ekor.

    Kalau dipekan Alor Gajah kedai ekor disitu selalu dikujungi oleh orang Melayu dan mereka akan melepak dikedai kopi berdekatan dengan kedai kopi berbincang nombor masing-masing.
    akubiomed artikel terbaru saya..Jururawat terjun dressing merawat lukaMy Profile

  6. Shahrul says:

    yang melayu tu mesti macam-macam skill dia orang guna untuk untung dalam “pelaburan” mereka…ada je cara nak untung, tapi tak pernah untung jugak :D
    Shahrul artikel terbaru saya..El Shaarawy, Bintang Baru yang Bakal MeletupMy Profile

  7. zulkbo says:

    salam..
    ha ha..pelaburan terlarang tu
    kalau kena lupa kejap halal haram..
    terbaik..jangan belajar main..
    dah main ketagih..dah ketagih susah
    nak berhenti..anak bini makan duit
    tak di berkati :)
    zulkbo artikel terbaru saya..Siaran Langsung Debat Politik Lim Guan Eng Dan Chua Soi LekMy Profile

  8. Cikgu Hairul says:

    Semua nak cepat kaya.
    Halal haram belakang kira,
    Tak kira melayu,india dan cina,
    Semuanya sama sahaja…
    Cikgu Hairul artikel terbaru saya..Penipuan SMS Semakin BerleluasaMy Profile

  9. titan says:

    tak pernah main nombor. tapi kalau main tikam-tikam nombor masa kecik dulu, memang selalu. haha..
    titan artikel terbaru saya..Komisen ke 8 dari TriondMy Profile

  10. hatiputera says:

    fuhh,,pelaburan mega tu,,skim paling cepat kaya dan paling cepat papa kedana :D
    hatiputera artikel terbaru saya..Lelaki ini telah memeluk 30 Juta orangMy Profile

  11. Denaihati says:

    Pelaburan jahannam
    Denaihati artikel terbaru saya..Makan sambil beramal di Red Rebung CafeMy Profile

  12. bardboo says:

    kedai saham 1Malaysia? hehe….memang muhibah betul kedai tu kan..
    bardboo artikel terbaru saya..Antara Perkataan2 Awal Izz AmmarMy Profile

  13. cik tom says:

    nak puji cantik header baru..
    cik tom artikel terbaru saya..Perbandingan Emas Perhiasan Dan Emas JongkongMy Profile

  14. Kelakar melihat penulisan bro menceritakan tentang gelagat pengunjung kedai saham ni..Penulisan yang menarik..Memang begitu pun realiti sebenarnya… =)
    Pejuang Kesenian Extreme artikel terbaru saya..Yuna – Terukir Di BintangMy Profile

  15. shraqs says:

    Pernah ada kawan kaki no ni,.. kadang2 buat tergelak pun ada tengok ragam. Betul bagai dicerita bro, aku pernah ikut tunggu kat kedai kopi, bila dia masuk je,… mata melilau tengok sekeliling, pastu keluarkan “tiket” bawah meja,… pastu mulala bercerita pasal cerita2 yg dia pernah menang (entah betul @ tidak), tak kaya2 jugak..:) kalau tak puas hati, dia pegi tambah saham lagi, selagi tak ajak keluar dr kedai kopi tu memang dia akan terus je tambah saham…
    shraqs artikel terbaru saya..Download OSX Mountain Lion Wallpaper FreeMy Profile

  16. [...] minggu lepas (sabtu) hanya bersarapan disekitar office sambil melihat ragam kaki nombor dengan nombor masing-masing.Kali ini saya terjah ke Kg Baru dengan misi mencari Nasi Dagang [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge