
Salam!
Pergi pasar adalah aktiviti saya setiap hujung minggu.Memang wajib setiap hari Ahad kerana bahan mentah sudah berkurangan dalam simpanan untuk seminggu.Lagi pun anak-anak memang suka pergi pasar sebab ada benda yang mereka nak setiap kali kami keluar.Anak-anak selalu tak sabar menunggu bila saya kata esok nak ke NSK beli barang.Mereka melompat keriangan.Masa saya kecik dulu pun memang suka ikut mak pergi pasar,sebab suka tengok ikan laut yang besar.Yang paling utama dapat gula-gula dan snek atau mainan setiap kali ikut mak.Biasalah budak-budak benda-benda macam tu tak boleh dipisahkan dari mereka.

Suasana pagi tadi di NSK memang sibuk,ramai betul orang membeli belah hari ni.Biasanya kalau dah pertengahan bulan orang kurang ramai tapi hari memang luar biasa.Kereta dah berbaris-baris menunggu giliran untuk masuk.Kalau di fikir semula hari ni bukan hari gaji,tetapi banyak nya kereta seperti di awal bulan.Rakyat di negara kita memang mempunyai kuasa beli yang tinggi,mereka tidak mengambil kira awal bulan atau hujung bulan,yang penting makanan mencukupi sampai hujung minggu nanti.
Dari apa yang saya perhatikan harga barang makanan seperti sayur dan ikan agak murah pada minggu ni.Berbeza dengan minggu sebelum nya.Mungkin permintaan yang sedikit jadi harga mula menurun minggu ni.Kalau bab makanan walau mahal mana sekalipun orang tetapi akan beli walaupun harga naik.Kalau tak beli nak makan apa,larat ke nak makan ikan sardin dalam tin setiap hari? atau hanya berlaukan ikan bilis goreng dan nasi putih.Mat Bangla pun tak sanggup,tetapi mereka larat makan bawang setiap hari!

Bahagian ikan dan ayam memang tempat wajib dikunjungi.Hari ni tengok harga ketam nipah dalam lingkungan mampu beli.Lagi pun dah lama tak makan ketam nipah.Ketam laut saya kurang gemar sebab kebanyakan ketam frozen yang di import dari negara jiran.Bila makan ketam laut cepatlah gatal tapak tangan dan tumit kaki.
Memang elegik dengan ketam laut dari dulu lagi.Kalau saya pergi ke rumah kakak di Kuantan Pahang ketam nipah yang saya akan cari sebabnya rasa isi memang manis dan segar,lagipun soal harga memang murah sebab terus beli dari penjual ketam.Mereka mencari ketam setiap hari untuk dijual kepada peraih dari Kuala Lumpur.Tetapi ketam yang mereka jual murah hanya ketam bersaiz kecil,ketam bersaiz besar dah di tempah oleh peraih.Mungkin sebab tu mereka boleh jual murah.Kebanyakan peraih mereka tidak berminat ketam yang bersaiz kecil.Ketam yang bersaiz besar boleh dijual dengan harga yang mahal.
Menu kami tengah hari tadi kari ketam ala India.Kalau pernah makanan kari ketam ala india memang sedap sebab karinya tidak bersantan serta kuah nya pekat.Kari melayu kebanyakan bersantan jadi saya kurang berminat.Bukan tak sokong masakan melayu tetapi hari ni selera lain macam sikit.

Hampir 2 jam membelah-belah di NSK jadi inilah barang makanan yang dibeli.Bagi saya cukup untuk seminggu,memandangkan saya hanya makan dirumah pada hujung minggu,untuk wife dan anak-anak cukup untuk mereka.Mungkin anak-anak masih kecik jadi mereka makan pun tak banyak sangat.
*kami makan tidak bermewah-mewahan.

Ragam anak-anak ketika membeli belah memang mencuit hati.Entah dimana mereka dapat pembalut sayur tu,rasanya mereka ambil dari kotak yang ada ditepi sayur.Bila saya toleh kebelakang mereka dah pakai benda tu.Apalagi terus snap satu gambar kenang-kenangan.Bila besar nanti mereka boleh tengok perkara lucu yang mereka dah buat masa kecik-kecik dulu.
Jangan bila dah besar nanti mereka saman saya sudahlah sebab malu gambar mereka saya upload dalam blog!
loading...
loading...




February 19th, 2012
azman
Posted in 

NSK ni di mana ye? saya macam pernah dengar…tapi ingat2 lupa..
bardboo artikel terbaru saya..Antara Perkataan2 Awal Izz Ammar
NSK pasaraya seperti giant,carefour,tesco…byk kat K.L ni..
Alah comelnya 2 budak kecik tu..:),membeli belah kat NSK mmg berbaloi,sayur&ikan yg segar&bnyk pilihan…
Mmmg berbaloi.
hehehe…biasalah ragam anak2….kadang2 lucu, kadang2 geram
Hehehe memang betul,kadang2 geram…tapi tu hanya Allah nak uji kesabaran mak/ayah.
Nasib baiklah anak boleh duduk didalam troli kalau tidak sukar untuk membeli barang basah.

akubiomed artikel terbaru saya..Juara dunia 3 kali MotoGP ambil lesen motorsikal
Kadang2 jer bro..tu pun dia cuit ikan sana-sini,nasib tak cuit ketam hidup semalam.
Aku pun keluar beli barang umah 1X seminggu jugak, kadang2 tu 1X utk 2 minggu, sebab dok 2 org nak makan apa sangat, hari keje kat kedai jelah, mana sempat nak masak lagi dah,.. sampai umah pun kul 9-10mlm. Kalau outstation lagilah, kdg2 sampai kering sayur dlm freezer…
shraqs artikel terbaru saya..Jana Duit Melalui Blog Dengan Sponsor Post
Wah banyak boleh jimat tu duit dapur tu..
azman artikel terbaru saya..Suspek Kes Bunuh Aku Kenal
Tak jugak, sebab banyak habis kat kedai

shraqs artikel terbaru saya..Jana Duit Melalui Blog Dengan Sponsor Post
Sayur dekat sana nampak agak segar juga.
Memang segar sebab stock sentiasa habis…so ada replacement hari2 untuk sayur tu.
azman artikel terbaru saya..Ragam Kaki Nombor
Ic…. biz memang bagus dekat situ.. Jarang nampak super yang sentiasa ada fresh vegi..
wah..comel bdk2 tu, teringat masa kecik2 dulu.
ni NSK katne? sbb sy selalu gak gi NSK kat selayang..
btw, camne projek link anchor change kita?
muazfaris artikel terbaru saya..Poster Islamik – Antara Pegang Awek dan Pegang Anjing
NSK Jalan Kuchai Lama..Jadik rasanya esok kut saya buat anchor text tu..
anak2 tu nak pakai kopiah kot bro…berpakat 2beradik
berapa umur diaorang ni
Denaihati artikel terbaru saya..Lisa Surihani Ratu Sosial Media Malaysia
Yang sulong 9tahun,no 2 lelaki 4 tahun,no3 gurl nak masuk 3 tahun.Hehehe dia minat pakai time ngaji jer…
azman artikel terbaru saya..Sedap Kerusi Empuk
aku tunggu masanya bila anak ko saman ko nanti. haha..
titan artikel terbaru saya..Lelaki Bangladesh yang kacak
NSK?1st time dgr..
comelnya gaya budak2 tue…maybe senyum2 malu je bila tgk pic diorg ni bila besar nanti..hehe..
cik tom artikel terbaru saya..Resepi Kek Coklat Untuk Jual | Resepi Coklat Handmade
kat mna tu .. hehe
Mr.Sepet artikel terbaru saya..Tujuan Blogging| Kejar Nama, Kejar Wang atau Hobi dan Suka-Suka
Jalan Kuchai Lama…
ha;ah NSK 1st time aku dgr hehhehee..:)
Owh yer ker..mereka belum femes sgt lagi,tapi barg mereka murah dari tesco.local company..
Hehehe.. mmg NSK tu tempat shopping yg plg ramai org terjah..esp utk peniaga. Walau pun dekat sgt dgn rumah tp aku mmg tak gemar ke situ.. Lebih prefer beli di Sri Ternak (berhadapan pasar borong)..kurang sikit orang tp harga orait juga.. En. Hubby mmg akan jadi peneman setia kalau ke pasar.. nak2 plak mmg beli bahan mentah ikut selera en. hubby kan..
Utk bloggers yg nak ke NSK.. lokasi NSK di Selayang .. bersebelahan (blh belakang) Petronas Jln Selayang – KL ..laluan masuk ke Selayang Indah ..(dekat Pasar Borong Selayang)..
hahaha..ragam budak2 mmg mencuit hati..^^
hah ok la tu …bapa ke pasar…kalau bapa memasak lagi bagus…tahniah bro
apaajanews artikel terbaru saya..visa ketibaan dan pas lawatan sosial dihentikan
Ada juga masak jarang2 lah.
[...] minggu tiada aktiviti menarik yang dilakukan,selain menghabiskan waktu bersama keluarga dan aktiviti bila bapa ke pasar .Hari ini rumah saya dikunjungi oleh penulis online novel cinta.Mereka datang kira-kira jam 11 pagi [...]