Pemilik Blog

founder azmanisma.com
Tiada yang menarik tentang diri penulis untuk dibanggakan.Berasal dari Pahang,kini bermastautin di Kuala Lumpur dari tahun 1992.Lahir pada tahun 1974,berkahwin dan mempunyai 3 anak.Bekerja dalam bidang perhotelan sejak tahun 1993.
Mula menulis blog pada tahun 2009,itu pun sekadar mencuba dan belajar selok belok tentang ilmu blogging.Blog pertama adalah dari blogspot dan kini blog tersebut sudah tidak aktif dan sudah dilupuskan selama-lamanya dari engine carian google.
Pada pertengahan tahun 2010,mendapat domain percuma dari wordpress.com selama setahun.Apabila sudah hampir setahun mengunakan domain mankuchai.com,kini sudah sampai masanya untuk mempunyai hosting sendiri(blog sekarang)
Domain dan hosting www.azmanisma.com dibeli pada bulan february yang lalu,agak lama terperuk blog ni,setelah mendapat semangat semula,jadi blog ini di publish kan kepada umun.
Blog ini adalah blog peribadi dan rojak.Segala cerita di dalam blog ini adalah cerita peribadi,umum dan hasil dari pengalaman sendiri,rakan-rakan.
Sekali sekala berkongsi pengetahuan dengan pembaca apa yang pernah dialami/tahu sepanjang menumpang di bumi Allah ini.
Kepada pengunjung yang sudi singgah sama ada melalui link/back link/twitter/triberr,facebook atau google tersalah beri keywords,jutaan terima kasih diucapkan kepada anda.Anda memang terbaikk!
Maaf ,kalau blog ni tidak memenuhi citarasa masa kini,kerana penulis blog ini menulis bukan untuk nak jadi popular,hanya sekadar mengisi masa lapang dan menambah kenalan didalam dunia cycber.
Sekali lagi terima kasih kerana membaca page about me hingga akhir perenggan.Anda memang ikhlas untuk menjadi rakan blog ini!
Wassalam!
loading...
loading...





