Buat Korban Secara Online

equrban-300x250a

Assalamualaikum!

Ibadah Qurban sekarang ni tidak lagi susah macam dulu.Kalau dulu kita kena cari lembu atau kambing sebulan sebelum raya haji.Tetapi sekarang dengan teknologi yang ada,urusan qurban hanya di hujung jari.Pokok pangkalnya kita mempunyai niat untuk menjalankan ibadah tersebut.

Jika kita tidak mempunyai masa untuk menghadiri dan mencari lembu atau kambing untuk dibuat korban,Pihak EQURBAN RESOURCES SDN BHD menyediakan perhidmatan tersebut.Anda hanya perlu bayar dan semuanya akan diuruskan dengan cekap oleh pihak terbabit.

Sebelum pergi lebih jauh,saya akan terangkan serba sedikit cara mereka beroperasi.Ibadah qurban ini diuruskan oleh syarikat bumiputra (islam) EQURBAN RESOURCES SDN BHD yang beralamat 87A, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Lembu serta kambing diternak di Stungstreng Kemboja dengan usahasama KOPERASI MUSLIM KEMBOJA.Lembu-lembu tersebut dijaga dengan baik bagi memastikan ianya mematuhi pada syarat yang dikehendaki oleh syarak.

Apabila tiba hari untuk melaksanakan ibadah tersebut,gambar serta bukti seperti sijil akujanji akan diberikan kepada peserta terbabit.

HARGA UNTUK MELAKUKAN IBADAH QURBAN

1 BAHAGIAN LEMBU

Harga untuk 1 bahagian lembu adalah rm 250.00.Anda boleh menempah beberapa bahagian dengan nama yang berbeza mengikut keperluan.Sijil serta gambar akan diberikan kepada anda.

1 EKOR LEMBU

Harga untuk 1 ekor lembu adalah rm 1750.00 dan anda boleh menamakan setiap bahagian kepada 7 orang orang,jika anda berkongsi bersama rakan atau saudara-mara.Sijil dan gambar akan diberikan kepada setiap nama.

1 EKOR KAMBING

Harga 1 ekor kambing adalah sebanyak rm 550.Harga ini adalah untuk 1 nama sahaja.Tidak boleh berkongsi kepada 7 bahagian.

MENGAPA PERLU DILAKUKAN DI KEMBOJA?

Pihak e-Qurban membuka peluang kepada umat Islam di negara ini untuk melakukan ibadah korban yang dikendalikan oleh syarikat dan  CMC  bersandarkan kepada keikhlasan masing-masing. Rata-rata penduduk di sana hidup dalam kemiskinan terutama yang tinggal jauh di pendalaman dan tidak mempunyai kemudahan asas termasuk jalan raya, elektrik dan air yang bersih.

Pada tahun ini juga pihak eQurban telah menetapkan beberapa kawasan utama untuk perlaksanaan Ibadah Qurban ini nanti supaya ia sampai kepada kumpulan sasaran dan perlaksanaannya lebih sistematik. Ini sesuai dengan penggunaan sistem baru eQurban (EQOS) yang lebih Telus dan Mudah.

BAGAIMANA JIKA SAYA BERMINAT?

Jika berminat,anda boleh klik link di bawah untuk membuat tempahan.Setelah segala selesai pihak terbabit akan menyempurnakan tempahan anda apabila tiba waktu yang ditetapkan.

>>TEMPAHAN UNTUK E QURBAN<<

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge