Pakej Celcom Postpaid

 

Salam…

Info ni bukan tujuan pengiklanan tapi untuk rujukan kepada sesiapa nak guna celcom postpaid + data plan(internet).Memandangkan ramai yang bertanya dan mungkin ramai yang ingin bertukar dari celcom prepaid kepada pospaid.

INFO : Tukar prepaid kepada postpaid nombor yang sama boleh digunakan.

Sebenarnya,pakej yang disediakan adalah mengikut keperluan anda,jadi terpulang kepada anda pakej mana yang akan dipilih.Kalau saya,saya gunakan pakej  celcom exec 20 + internet (rm38 -1gb).Ada beberapa plan postpaid yang disediakan oleh celcom mengikut kesesuaian kita.Jadi boleh pilih yang mana satu,setelah anda baca dan faham,anda boleh buat pilihan bijak selepas ini.

Celcom menyediakan 3 plan postpaid yang mana setiap satu ada kelebihan tersendiri.

PLAN EXEC 20

Plan EXEC 20 – Dimana anda akan dikenakan bayaran sebanyak rm 20 tetap + jumlah yang pangilan dan sms yang digunakan sahaja.Bermakna cas yang dikenakan RM 20 + jumlah panggilan+sms = Jumlah kena bayar.Katakan jumlah yang digunakan untuk panggilan sebanyak 30,bermakna rm 50 jumlah kena bayar pada bulan tersebut.

RM 20 + RM 30 = RM 50 sahaja.

What was your baby’s first word?

Walaupun begitu kadar caj panggilan adalah sebanyak 20sen seminit dan SMS sebanyak 10sen per sms.Kedua-dua harga tersebut adalah harga untuk panggilan kemana-mana nombor,tak kiralah maxis/digi/Umobile.

PLAN EXEC 50

Plan EXEC 50 – Dimana anda akan dikenakan bayaran sebanyak rm 50 tetap + jumlah yang pangilan dan sms yang digunakan sahaja.Bermakna cas yang dikenakan RM 50 + jumlah panggilan+sms = Jumlah kena bayar.Katakan jumlah yang digunakan untuk panggilan sebanyak 30,bermakna rm 50 jumlah kena bayar pada bulan tersebut.

RM 50 + RM 30 = RM 80 sahaja.Dah layak dapat diskaun.

Walaupun begitu kadar cas panggilan adalah sebanyak 15sen seminit dan SMS sebanyak 12sen per sms.Kedua-dua harga tersebut adalah harga untuk panggilan kemana-mana nombor,tak kiralah maxis/digi/Umobile.

Plan exec 50 ini diberikan diskaun sebanyak 10% 20% 30% jika bill anda melebihi jumlah berikut.

Diskaun 10% jika bil melebihi – RM 60 – 79.99

Diskaun 20% jika bil melebihi­ –  RM 80 to RM 149.99

Diskaun 30% jika bil melebihi –  RM 150 keatas.

PLAN EXEC 250

Plan EXEC 50 – Dimana anda akan dikenakan bayaran sebanyak rm 250 tetap + PERCUMA 2000 minit sms/call + internet  plan (advance plan).Bermakna caj yang dikenakan RM 250 dan cas tambahan selepas minit percuma diberikan habis.Kadar cas lebihan tersebut seperti berikut,

Caj pangilan – 10sen seminit

Caj SMS – 10sen per sms

Caj Video Call – 10sen seminit

Pakej Internet

Soalan : Kalau saya nak ambil pakej internet mana mana?

Jawapan : Boleh,kena pilih pakej internet yang dikehendaki mengikut  plan yang disediakan.

mlite – rm 28(300mb)

mbasic – rm 38 (1gb)

madvance – 58 (3gb)

Info – Jika anda dah ambil pakej postpaid,bil anda adalah seperti berikut

Contoh : Exec 20 : RM 20 + internet RM 38 + RM 30 (Jumlah panggilan) = rm 88.00

Jadi mana satu pilihan kalbu?

*entri SEO

RUJUKAN 1

 

Comments

  1. Incik RestNrilekS says

    Salam Alaiyka,

    Menarik juga pakej celcom tu. Kalau saya mungkin ambil pakej rm20 plus madvance dengan 3gb. Sebab kalau call dan sms saya bulanan tak banyak, dalam rm20-40. Call memang sikit dan 70% adalah sms; dalam 400 sms sebulan. Hehe.
    Tapi bab data memang suka pakai 3gb. Sebab 1gb tak cukup. Selalu bulanan dalam 1.5 – 2gb hasil penggunaan hp dan hp wifi spot kepada ipad.

    Sekarang ni guna pakej digi smartplan. Ada juga rasa nak tukar ke celcom, cuma takut ramai orang guna celcom kang sangkut pulak. Sebab so far ngan digi tak da masalah.
    Incik RestNrilekS artikel terbaru saya..Wordless Wednesday : Be ThankfulMy Profile

  2. says

    aku dah tukar dari celcom prepaid ke celcom exec50 + internet setahun yang lepas rasanya.. dah banyak kali dapat diskaun.. pernah 3 4 5 bulan bayar RM20 lebih je.. memang betul2 jimat..

    ingat nanti nak apply plan celcom 1+5 pulak utk yang tersayang.. dapat call free.. hehe..
    Anarm artikel terbaru saya..Dinar Emas Untuk PerkahwinanMy Profile

  3. zieta says

    Bgusla entry ni…menjawab smua soalan sya tentang nk tukar dr prepaid ke postpaid & plus internet =) very2 detail…tq sharing =)

  4. Ungku Faris says

    Saya ada beberapa nak tnya. saya gunakan plan celcom broadband postpaid
    saya cdang nak masukkan sim kad saya ke dalam smartphone android tapi saya tak dapat buat panggilan kecuali sms. Plan saya iaitu 1.5GB sebulan/RM 48.
    Tak ada ke service panggilan yg disediakan oleh celcom postpaid? kalau ada,apakah service commandnya.

  5. hazira says

    Tapi kalau kita tak guna untuk call dan sms, rm 20 tu kena bayar jgk ke? Lepastu, kalau kita subscribe je rm 38 utk 1gb, dia charge asing la kan sms & call?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge