Playboy Itu Suami Aku – Suri Ryana

Perghh…bila baca tajuk novel di atas memang menangkap sanubari.Serius cakap, aku bukan kaki novel, tapi sangat suka membaca apa saja bahan bacaan bila dalam kesunyian hahaha………..

Disebabkan orang terlalu ramai, kami mencari tempat untuk berehat, kebetulan pulak dekat dengan stage. Jadi di situlah port anak-anak lepak.

Seperti biasa, merayau sana-sini sambil usha apa yang patut….opkos la usha buku yang dapat menjana minda. Kebetulan masa tengah merayau tu, ternampak macam ada sesuatu yang istimewa. Ada pasukan yang membawa peralatan muzik tradisional sambil 2 orang wanita di tengah-tengah.

Rupanya, pelancaran novel baru dari penulis novel terkenal Malaysia. Masih lagi blur sebenarnya, bila tengok kat bunting tu ada 2 orang novelis Suri Ryana dan Hanni Ramsul. Tajuk kedua-dua novel tu memang best, ada kelainan dari biasa, tapi tak tahulah tajuk yang macam ni memang biasa dikalangan novelis. Bagi aku yang bukan kaki novel ni, tertarik dengan tajuk tu-stail baq hang!.

Seperti biasa, nak juga menembak sedas dua,jadi dapatlah tgk penulis novel yang fames kat Malaysia sekarang nih.

Sinopsis Playboy itu Suami Aku

Sinopsis:-

“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blahmacam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenaliplayboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorangplayboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

Sedang menunggu pelancaran novel mereka.

Sedang menerima bunga – Penulis buku PISA

Jenis buku macam ni yang menjadi favourite

Minggu depan nak pi cari kat MPH

 

Orang kuat kakinovel.com

Ni agaknya awek yang titan dok sebut-sebut tu kot?

Hahahaha….Cikgu Titan kantoi!

Oh ya..kalau ada sesiapa yang nak beli novel ni klik jer kat sini Kaki Novel dan kalau nak kenal penulis nyer klik sini Suri Ryana.

Penulis ni kena belanja aku satu novel ni nampak nya hahahaha…………..

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge