Bisnes

Cloth Diaper

gambar hak milik : azmanisma.com

 

Apa itu clothdiaper?

Lampin pakai basuh adalah lampin kain poket yang memerlukan insert atau lapisan penyerap untuk setiap kali pemakaian ada bayi anda.

ZigieZaG pocket diaper dibuat daripada bahan-bahan yang berkualiti,yang dapat menyerap dan membuat permukaan lampin tetap kering dan bayi anda selesa.

Kami mempunyai pelbagai jenis corak lampin poket dan insert untuk disesuaikan dengan lampin pilihan anda.

Lampin poket adalah ONE- SIZE dan boleh digunakan sehingga bayi anda mencapai berat +- 14kg atau sehingga bayi anda belajar buang air dengan sendiri nya.

Lampin poket ZigieZaG adalah jenis berpelekat yang boleh dilaras dipinggang mengikut keselesaan bayi anda.

INSERT

Kami mempunyai 2 jenis insert yang dapat disesuaikan dengan lampin pilihan anda

Insert lite micro-fibre

Insert micro-fibre

SOALAN-SOALAN YANG SERING DI TANYA OLEH IBU-BAPA.

APAKAH SAIZ ZZ CLOTH DIAPER YANG DIJUAL DIPASARAN?

One Size cloth diaper boleh dipakai dari bayi lahir hingga ke berat +-14 Kg.

Jumbo Size boleh di pakai dari berat +-15 kg to 25 kg.

CLOTH DIAPER ZZ DIBUAT DARI BAHAN APA?

Lapisan Inner ZigieZaG Cloth Diaper diperbuat dari bahan suede cloth yang sangat lembut, menyerap air dengan cepat dan membuat permukaan inner tetap kering.

Lapisan Outer ZigieZaG Cloth Diaper terdiri dari berbagai jenis bahan seperti cotton, polyester dan kombinasi keduanya, dilapisi bahan kalis air yang dapat meminimakan kebocoran

CLOTH DIAPER ZZ SESUAI DIPAKAI UNTUK BAYI SEHINGGA USIA BERAPA TAHUN?

Dari lahir hingga usia 3 tahun. Atau bayi anda belajar buang air dengan sendirinya.

UNTUK BAYI 4KG BERAT SEMASA LAHIR ADAKAH MEMPUNYAI SAIZ YANG KHAS?

Bayi yang berat 4kg(semasa lahir) bolehlah mengunakan one size cloth diaper.

APAKAH ADA CARA YANG TERTENTU UNTUK MEMBASUH CLOTH DIAPER?

Cuci dan keringkan Cloth Diaper ±4 kali untuk mendapatkan daya serap maksima.

(untuk peringkat awal sahaja)prewash

Untuk memanjangkan hayat cloth diaper dan insert,anda perlu melakukan dengan cara mencuci tanpa pengeringan di mesin, atau menggantung sampai kering. Hal ini perlu di lakukan untuk menjaga lapisan waterproof pada cloth diaper.

Cara mencuci cloth diaper yang sangat kotor.

Isi mesin basuh dengan air biasa dan masukan sedikit baking soda. biarkan pencucian selama 1 atau 2 mnt kemudian matikan mesin basuh.biarkan cloth diaper dalam beberapa jam atau semalaman.Selepas itu cucilah seperti yang di syorkan.

Baking Soda adalah bahan yang boleh digunakan untuk meneutralkan urine pada cloth diaper. Cara ini sangat baik untuk menjaga cloth diaper supaya bersih dan tidak berbau.

ADAKAH CORAK AKAN LUNTUR JIKA DIBASUH BERULANG KALI?

· Corak akan luntur sedikit demi sedikit jika terus menerus dicuci pakai setiap hari begitu juga halnya pada setiap kain.Untuk itu disarankan untuk memiliki cloth diapers dalam jumlah yang cukup untuk pemakaian 3 hari. Jadi cloth diapers dapat di cuci dalam 3 hari sekali. Hal ini dapat meminimakan akan kecepatan lunturnya corak pada kain cloth diapers

JIKA TIDAK MENGIKUTI PERATURAN MEMBASUH APAKAH AKAN TERJADI PADA C.D TERSEBUT?

Jika peraturan membasuhnya tidak diikuti untuk cloth diaper yang baru di beli, maka daya serapan cloth diaper dan insert tidak seperti yg dijanjikan.Proses pembasuhan pada permulaan amat penting untuk melunturkan lapisan finishing pembuatan kain.

· Jika aturan membasuh tidak diikuti untuk cloth diaper yang sudah di pakai maka cloth diaper akan berbau, tidak tahan lama serta cepat pudar.

SOALAN TENTANG INSERT

Berapa jenis insert yang dijual oleh ZigieZaG, Apakah beza nya?

Insert Baby terry ( Grey ) : menahan air dan menyerap sedikit air. Baik di gunakan untuk doublers dan dikombinasikan dengan microfiber insert.

Insert Cotton terry (white) : menyerap air dengan cukup baik kurang dari microfiber.

Insert Microfiber (blue) : menyerap air dengan baik sekali.(terbaik)

INSERT ZZ DIBUAT DARI BAHAN APA?

Babyterry : Cotton 30% +Polyester70%

Microfiber : Polyester 70% +polylamide30%

Cotton Tery : Cotton 80% + Polyester20%

CARA MEMBASUH INSERT?

Cara membasuh insert & cloth diapers adalah sama.

CARA MENJAGA INSERT?

Sama seperti cloth diaper cara penjagaanya.

BOLEH INSERT DI SETERIKA?

Tidak dibenarkan sama sekali,kerana akan merosakan struktur kain.

BOLEHKAH INSERT DIPAKAI DUA LAPIS?

Amat digalakan. kerana kadar serapan lebih baik jika digunakan dua lapis.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KE http://www.facebook.com/zigiezagmalaysia

 

 


GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Related Posts:

  • No Related Posts