Ada Makhluk Hendak Bergurau

hantukarak

 

Memang susah nak percaya wujudnya hantu di sekeliling kita.Tetapi kalau banyak orang yang bercerita pasal terserempak dengan hantu,nak tak nak kena percaya juga,tetapi jangan sampai taksub dengan makhluk ini sehingga kita tidak takut kepada Allah S.W.T.

Syaitan dan Jin memang wujud,cuma kita tak nampak secara mata kasar,tetapi sesekali dia tunjukan diri rasa berderau juga darah.Kalau masih ingat cerita hantu Kak Limah,Pak lebai pun demam bila nampak hantu.Jadi makhluk ini wujud dan bukan cerita dongeng. – Kak Limah manusia sebenarnya hehehe..

Masa balik kampung baru ni,selepas Genting Sempah.Kiri kanan jalan memang gelap gelita dan hujan renyai-renyai.Masa tu ada 3 kenderaan berada dihadapan dan saya yang paling belakang.Mata tertumpu pada jalan dan mengawasi kereta dihadapan.

Sedang asyik memandu dalam kelajuan 80kmsj,tiba-tiba dari sebelah kanan ada makhluk melintas betul-betul rapat dengan bonet hadapan.Masa tu dalam hati berkata “ini bukan orang!,langgar jer lah”.Masa langgar makhluk tu tak ada bunyi apa-apa,macam langgar kabus putih dan makluk tu pun terus menyeberang ke sebelah kiri dan hilang.

Kejadian berlaku terlalu pantas,tak sempat nak brek,kalau brek secara mengejut kereta akan berpusing dan berlakulah kemalangan.Syukurlah saya tidak panik dan memandu seperti biasa.Selepas beberapa meter,saya tanya wife ada ker nampak apa-apa tadi,wife jawab tak ada dan saya teruskan pemanduan sehingga sampai ke kampung.

Orang tua selalu berpesan,bacalah bismillah dan baca doa naik kenderaan.Dengan izin Allah kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti kemalangan dan sebagainya.Berkat dari berdoa tadi,saya selamat.

Alhamdulillah!…………

Comments
  • Azman Ishak February 15, 2013 at 10:30 am

    masa memandu ok lagi bro.. ini kalau jadi macam misteri nasi ayam hentian bentong hari tu.. parah.. sebab dia join nak makan sekali. kakakak!

  • Cikgu Hairul February 15, 2013 at 10:35 am

    Bahaya jugak kawasan tu ye.. Nasib baik tak panik.
    Cikgu Hairul artikel terbaru saya..Tahun Ular, Bukan Masa MengularMy Profile

    • azman February 15, 2013 at 11:28 am

      Selama belas tahun lalu situ,tak pernah kena apa2..baru2 jer….hehehhe

  • Shahrul February 15, 2013 at 11:13 am

    agaknye benda macam ni yg jadi accident tu…ketenangan pun penting belih drive, baru tak gelabah je :)
    Shahrul artikel terbaru saya..#PRU13 – Are you ready for BN?My Profile

    • azman February 15, 2013 at 11:29 am

      Mungkin juga kut,setan nak melalaikan manusia…

  • hafidz February 15, 2013 at 11:38 am

    baik langgar jer daripada kena langgar. fuh~
    p/s: nasib baik hantu kak limah tuh bukan hantu. sebab kak limah cuma orang gila jer huhu :P
    hafidz artikel terbaru saya..Casio Watch W-202My Profile

    • azman February 15, 2013 at 12:00 pm

      *Hantu Kak Limah – manusia pun orang takut,inikan pulak hantu yang memang dah hantu hehehe…

  • hafizmd February 15, 2013 at 2:34 pm

    Genting Sempah. Memang laluan ambe jugak tu balik Ganu.

    Mujur deme tenang…alhamdulillah
    hafizmd artikel terbaru saya..Speechless Friday #3 Terima Kasih Nuffnang!My Profile

    • azman February 20, 2013 at 2:22 pm

      Jage2 hehehe..

  • Juan February 15, 2013 at 3:38 pm

    baguslah bro mampu untuk mengawal emosi ketika nampak benda benda pelik, itu yg kita mahukan. Genting sempah saya x pernah lalu lagi
    Juan artikel terbaru saya..How McDonald French Fries Look After 1 MonthMy Profile

    • azman February 20, 2013 at 2:27 pm

      Genting Sempah memang bahaya sikit,banyak sgt orang mati eksiden,kalau ke pantai timur mesti lalu kat sini.

  • Denaihati February 15, 2013 at 4:37 pm

    alhamdulillah bro tak apa2. seram dengar cerita macam ni, cerita azman ishak pun suspen jugak…
    makluk tu makluk Allah tak boleh cederakan kita tanpa perantara.
    Denaihati artikel terbaru saya..iPhone 5 Blogger yang mencapai impianMy Profile

    • azman February 20, 2013 at 2:24 pm

      Syukurlah,tak ada apa2 berlaku.

  • segalabenda February 15, 2013 at 8:31 pm

    nasib baik tak ada apa-apa bro..dulu aku siap kene tumpang duduk kat belakang lagi. kena dekat gurun masa tu…aku terkejut hampir-hampir kemalangan
    segalabenda artikel terbaru saya..Pertandingan Fotografi Segalabenda.com Bulan FebruariMy Profile

    • azman February 20, 2013 at 2:26 pm

      Mak aii..siap tumpang kat belakang lagi tuu…..

  • noehas February 16, 2013 at 12:10 am

    Setiap kali keluar rumah banyak bismillahi tawakkaltu ‘alaAllah. Iaitu dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya. InsyaAllah selamat.
    noehas artikel terbaru saya..SOLAT YANG MENGGEMBIRAKAN SYAITANMy Profile

    • azman February 20, 2013 at 2:25 pm

      Terima Kasih Ustaz atas ingatan :)

  • titan February 16, 2013 at 3:35 am

    sebab tu..baca doa dulu lenkali..
    titan artikel terbaru saya..Komisen ke 100 dari TNXMy Profile

  • Fahmi Raazali February 16, 2013 at 12:00 pm

    Bila memandu kita perlu tenang. Bila panik merbahaya… :-)
    Fahmi Raazali artikel terbaru saya..Beli Hosting BaruMy Profile

  • iAwani February 16, 2013 at 1:58 pm

    gangguan sebegini memang kerap berlaku di tempat yang kurang ada orang

    • azman February 20, 2013 at 2:23 pm

      Kena hati dan sentiasa alert kalau ada benda2 pelik.

  • KiD February 16, 2013 at 10:08 pm

    kalo camtu… bismillah je bro… teruskan je jangan brek. :)
    KiD artikel terbaru saya..CPUV ke 4 dari Nuffnang 2013My Profile

    • azman February 20, 2013 at 2:21 pm

      Memang aku langgar jer kalau tgh2 hutan.

  • sweetkurma February 17, 2013 at 10:50 pm

    kadang2 berlaku kemalangan ngeri di tempat tempat laluan sunyi, mungkin ada kaitan dengan pengalaman azman ini, mungkin disebabkan panic dan break tiba2

    • azman February 20, 2013 at 2:20 pm

      Kebiasan macam tu lah agaknya.

  • fyna February 18, 2013 at 10:45 am

    erkk… fyna pun pernah kena kot. time kat teluk batik. filem kamera *kamera pakai kodak dulu2* tiba2 roll sendiri. deng!! oh..masa tue over night ngan kawan2 dalam pkl 1 pg.

    • azman February 20, 2013 at 2:20 pm

      Hah…jga2 dia nak tumpang semangkuk.

  • akubiomed February 19, 2013 at 1:37 pm

    Syukur tiada apa-apa yang berlaku sepanjang perjalanan sehingga sampai ke destinasi.
    akubiomed artikel terbaru saya..Aku mahukan kemewahan!My Profile

  • Puan Bardboo February 19, 2013 at 10:16 pm

    Meremang bulu roma bc entri ni. Huhu. Alhamdulillah bro tak panik kan.
    Puan Bardboo artikel terbaru saya..Kini Kami BerempatMy Profile

    • azman February 20, 2013 at 2:19 pm

      Alhamdulillah tak ada apa2 yang berlaku.

  • Encik Din February 19, 2013 at 11:59 pm

    Saya kalau nak balik kampung, mesti isteri akan baca doa selamat dan ayat kursi sebelum bertolak. doakan semoga perjalanan selamat.
    Encik Din artikel terbaru saya..Blog di Hack sebab guna theme percuma?My Profile

    • azman February 20, 2013 at 2:19 pm

      Doa yamg penting,lepas tu tawalkal kepada Allah..

  • Myra Jay February 20, 2013 at 12:20 am

    Alhmdulillah selamat, risau gak bila baca entry ni, sbb tu MJ xsuka jalan jauh @ lalui hutan pada waktu mlm… Sbb xkuat semangat.
    Myra Jay artikel terbaru saya..Terjatuh, Terpelecok dan ‘Retak’My Profile

  • azman February 20, 2013 at 2:18 pm

    Memang selalu rancang perjalanan malam,sebab tuntuan kerja dan nak balik jumpa mak hehehe…

  • wandisini February 20, 2013 at 3:55 pm

    boleh buat skrip filem ni. bagi kat KRU
    wandisini artikel terbaru saya..Belajar Bahasa AsingMy Profile

  • wazy February 26, 2013 at 10:44 pm

    Saya kalau memandu waktu malam ,memang sentiasa berhati-hati,macam situasi bro tu kadang-kadang perasaan kita je,tapi kalau betul hanya kebetulan dia nak tumpang lalu
    wazy artikel terbaru saya..Berjogging dengan BETUL, SELAMAT dan BERKESANMy Profile

  • Post a comment

    CommentLuv badge