Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
Assalamualaikum!
Majlis SBB2013 menjadi kenangan yang terindah.Terima kasih daun keladi kepada Team Denaihati yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.Majlis sebegini memerlukan perancangan yang sangat rapi.Syukur semuanya berjalan dengan lancar dari mula sehingga ke akhir majlis.
Perasaan gembira dan terharu semalam kerana berkesempatan sekali lagi bertemu dengan blogger Malaysia,Indonesia,Kemboja dan Brunei.Saya hanya sempat bersalaman dan bersua muka dengan blogger dari Indonesia.Blogger Malaysia sudah tentu sempat bertegur sapa dan mengambil gambar mereka.
Rata-rata blogger yang pertama kali datang kelihatan malu-malu untuk memperkenalkan diri.Berbeza dengan blogger yang datang kali kedua.Mereka begitu peramah dan sangat sporting apabila diminta bergambar.Rugilah pada yang segan bertegur sapa,tahun depan belum tentu dapat berjumpa lagi.Kata orang masa inilah kita ambil kesempatan untuk membina jenama blog yang kita bawa selama ini.
Dari pengamatan saya,kebanyakan blogger yang suka berceloteh panjang dalam blog,mereka menjadi pendiam apabila dikhalayak ramai.Mungkin mereka hanya ada idea untuk bersembang di blog tetapi tidak secara berdepan atau mereka ibarat pepatah ini “tak kenal maka tak cinta,dah kenal mula ler bukak cerita”.Saya suka cara Bro Frame Stone begitu peramah dan tidak kekok bersembang,walaupun pertama kali jumpa.
Selepas SBB2013 ramai rakan blogger dah add di facebook,lagi tambah kenalan dan network makin berkembang.
Jom layan gambar dari SBB2013 semalam.
XXXXXXXXXX
GAMBAR SEKITAR MAJLIS SBB 2013
Pendaftaran di pintu masuk,kelihatan blogger HafizMd(all black),Prof Hariz(paling tinggi) dan Azri Johan (baju merah).Masing-masing menunggu untuk sesi pendaftaran.Dua wanita dihadapan tidak pasti siapakah mereka,sudah tentu blogger.
Tahun ini saya duduk semeja dengan Izzudin Fauzi,Profhariz,HafizMd dan Zulkbo.Abg Ensem singgah sebentar beramah mesra.Baru dapat bersua muka akhirnya.
Beginilah apabila blogger bersua muka,yang baru bertegur sapa dengan yang lama.Uncle Gedek,Abe Zarul dan juga Hazman Fadhil (Malay Food Blogger).Dengan Hazman dan Abe Zarul banyak kali jumpa.Uncle Gedek baru pertama kali jumpa – masih rock!
Masing-masing sedang update tweeter agaknya.Maklumlah ada live screen kat depan.Kelihatan Nisa Kay (baju biru) dan Pen Merah(baju hitam),yang lain2 tak pasti siapa.
Tahun ini ada mini forum yang disertai oleh Abg Nara (Beautiful Nara).Ustaz Effendi( Noehas.com) Kak Jie - yang kelihatan muda dari usia.Abg Ensem selaku moderator pada kali ini.Mereka berkongsi perihal blog masing-masing,bagaimana mereka berjaya hingga ke tahap sekarang.
Kata Abg Nara,masa mula-mula berblog dulu,setiap 2.5 minit dia refresh blog dia untuk nak tengok berapa trafik masuk.Kita pun gitu jugakan dulu-dulu….hehehe
Forum ke 2,tak sempat ambil gambar,masa tu saya di luar bersama Jejai.Tolong angkat Jejai masuk dalam kereta.Forum yang ke 2 moderator adalah Bro Framestone,disertai juga oleh Yuyu,Tekong (Amanz) dan Bang Iwan (blogger dari Indonesia).
Masa tengah jalan-jalan beramah mesra,ternampak mereka sedang berkumpul untuk amik gambar.Apa lagi snap 1 gambar untuk buat kenangan.Dari kiri Puan Bee,Kak Sweet Kurma,Hazman Fadhil,Eyriqazz,Uncle Gedek,Shahidawati,Kak Jie,Namia Cinta,Intan(anak Kak Jie) dan Abg Ensem kita yang tak lekang memberi senyuman.
Ada sesuatu yang istimewa di sini,password “cendol banting’ menjadi syarat untuk tegur beliau dalam majlis ini.Tuan punya blog buat duit hadir juga akhirnya.Dalam gambar ni..Syed Ikhwan,Abe Zarul,Eyriqazz,Kid,Hazman,AkuBiomed dan Cikgu Naman.En Titan – pakai baju Selangor,dia dah check mate.
Apabila bertemu dengan Uncle Gedek,sedut sedikit ilmu dari dia.Kalau nak ambil gambar macam dia buat,muka kena masam mencuka baru jadik.Nisa Kay pun baru balajar dari Uncle Gedek hehehehe…….sekali belajar terus dapat diploma bhahahaha…
Dah dua kali jumpa Arif Shah,dia ni memang pemalu orang nya.Dia susah nak mulakan perbualan kalau kita tak mulakan dulu.Jadi kena ringan mulut untuk bertegur sapa dengan dia.Kalau orang tak kenal memang cakap dia sombong tapi sebenarnya tidak.
Dah lama berhajat nak jumpa Kak Jie.Pertama,sebab memang nak jumpa secara live,asyik berkomunikasi dalam blog jer.Kedua,sebab nak pulang semula hadiah yang terhantar sebanyak 2 kali.
Sebenarnya hadiah buku dah dapat,tapi pihak MPH hantar sekali lagi.Dengan adanya SBB2013 dapat berjumpa dan pulangkan semula buku tu.
Inilah Official Blogger untuk Gaza,mereka ini akan berkongsi cerita sebenar apa yang berlaku disana.Kalau tak salah DH akan turut ke Gaza untuk berkongsi cerita yang tak pernah masuk mana-mana berita.Sumber berita DH – Official Blogger – Pembaca.Mantap lah DH!
Blogger Abe Zarul menerima selempang sebagai Official Blogger.Kelihatan Eyriqazz dan Bro Frame Stone yang sudah menerimanya.Ada logo HAMAS lagi tu.
Blogger dari Indonesia juga dilantik sebagai Official Blogger for Gaza.Munir Ardi,Dadan Darmawan dan Guru IT dari Makassar iaitu Abg Iwan.Sanggup mereka datang kesini untuk memeriahkan lagi Majlis SBB 2013.
OLE-OLE SBB2013!
Tak berani nak baca walaupun dah beli buku ni dari Abg Ensem semasa SBB2013.Sebab dah jelas di muka depan JANGAN BACA BUKU INI!.Bubuh dalam frame jer lah nampaknya hehehe…………….Nak beli contact A.E!
Walaupun tak dapat cabutan bertuah Mini I Pad…………………………….tapi hadiah ni sangat berharga buat saya…………………
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
GOLD BAR seberat 10g hadiah dari Kak Sweet Kurma.Saya menjadi pengomen paling tegar sepanjang tahun 2012.Kalau tak salah saya,sejak blog SWEET KURMA mula ditubuhkan,tak pernah missed komen dari mula entri sampai hari ini.Memang tak sangka,sebab matlamat utama saya hanya nak berkomen,bukan sebab hadiah.Hadiah memang tak tahu menahu pun yang tuan blog nak bagi ni.Rezeki saya lah ni!
HABIS DAH!………..Sampai jumpa lagi pada tahun 2014 jika di izinkan oleh ALLAH.
THUMBS UP UNTUK TEAM DENAIHATI!!!






















Tahniah Bro….
Bila berjumpa macam ni, best sangat kan… meriah….

Myra Jay artikel terbaru saya..Berehat dari Dunia Blog
Memang best pon,napa tak turun?buzy ker?
azman artikel terbaru saya..Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
tarikg tu clash dengan jadual kelas. Ada kelas koi 2-4pm, takleh ponteng sbb penting untuk final nanti..
Macam last year buat bulan 4 mmg free, bulan 1 ngn bulan 2 sibuk ngan kelas dan exam.
Myra Jay artikel terbaru saya..Berehat dari Dunia Blog
meriah sungguh.. terasa rungi tidak dapat datang.
Tanniah bro menang gol bar. Berbaloi.

akubiomed artikel terbaru saya..Menjelang SBB2013 sebagai peserta.
Rezeki tu…….tq2
azman artikel terbaru saya..Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
eii cepatnya buat entri , sy sibuk dengan fb ni haha ..
puanbee artikel terbaru saya..Mini forum #SBB2013
Buat dari jam 11 tadi sampai zohor baru siap
Fb layan gak sikit2.
azman artikel terbaru saya..Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
Kak Jie pesan, tgk sikit2 jer…hehhee
Salam Tuan. First time berkunjung ke blog tuan ni. Salam perkenalan dari hambo.

Syed Ikhwan artikel terbaru saya..Bina identiti untuk dikenali
K.Salam,rajin2 singgah
salam, ahak tahniah^^…
koz bru pertama kali join event blogger ini, mmg best sangat2…
Kalau datang kali ke2 jgn malu2 tau.
tahniah!!!!!!!!
pjaz artikel terbaru saya..#SBB2013 anjuran Denaihati 26.1.2013
Tq2…
Suatu kenangan bersama… alaaaa tak bergambar pulak kite.. pinjam gold bar bang…

KiD artikel terbaru saya..Gambar Sepetang Bersama Blogger #SBB2013
Tulah..masing2 sibuk dok ejas cik yuyu hehehe..pinjam boleh untuk bergambar hahahha..
azman artikel terbaru saya..Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
Tahniah bro.. teringin juga aku nak join..
Hari tu nak ajak dah ko,tapi takut ko ada hal pulak.
Tahniah, murah rezeki menang gold bar….teringin betul nak pegi kalau ada lg tahun depan
Shahrul artikel terbaru saya..Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013
Insyallah,tahun depan ada kut.
Congrats Beb. Lu la pengomen paling mahal di alam blogging ni. Sama nilai dengan 10gm emas.
Thanks Bro……….pemurah betul Kak Sweet Kurma nih
gold bar wowwww..tahniah en man…semoga entri pasni semakin malatop hehe
Rezeki,ajal,maut ditangan tuhan hehehe…
wahhh tak sangka orang kampong koi dapat emas weh.. hahaha ape pon tahniah bro. ingatkan sampai lambat dah tak dapat hadiah dah ye.. ekekek itu la orang kata rezeki terpijak!
Azman Ishak artikel terbaru saya..Kontest: Menangi Hadiah Utama RM50.00 dan Perisian Antivirus Anjuran AI MEDIA NETWORK
Tulah Man,memang tak tahu menahu dapat hadiah ni,ingat biasa2 jer.Rupanya 10gm gold bar,boleh buat modal main emas lak lepas ni.
Terbaiklah…meja kita mmg meja ‘emas’ tp bukan warga emas yer….hehehehe
nampak lebih vogue sepetang bersama denaihati tahun ini
Azura,ngaper tak dating.Nak jugak jumpa secara live.
tahniah kepada semua blogger. boleh dikatakan semua blogger tu aku dah kenal. kenal dari jauh je la
Segalabenda artikel terbaru saya..Bersiar di Simpang Mengayau bersama keluarga dan D7000
Ada rezeki boleh datang nanti.
salam Man..
walau 1st time jumpa rasa macam dah kenal
lama la kita nih..he he, mak cik yang bertudung
labuh belakang tu la adalah salah seorang pemenang
bertuah ipad mini,tahniah buat beliau..walau tidak
di kenali, rezeki beliau murah nampaknya..ermm,
emas tu Bro dah tanya berapa reganya?
Bro Zulkbo artikel terbaru saya..Gambar Sekitar Sepetang Bersama Blogger SBB 2013 Denaihati Di Hotel Singgahsana
Dari tahun berapa yek janji nak jumpa kat KLCC,tak jadi2.Akhirnya jumpa juga,boleh plan lagi nanti,boleh sembang2 panjang.
*belum check lagi berapa rega emas,dekat 2 k gak lah rasanya.
Lepas nie cer arrange sepetang di ENAK KL …. confirm gempak siot… kalau buat PERHIMPUNAN 100 BLOGGER kat situ…. hahahahaha
Nanti aku racunkan si Midon tu,kalau 100 sempit bro.
makan??!!.. walaupn tak kenal siapa Midon, tolong la racunkan dia.. nak makan juga..hahah
Saya sama macam Ariff Shah, pemalu. Kene ditegur dulu… hahaha… Tapi lepas dapat tau Abang Azman yang menang 10g gold bar tu, terus rasa tak pemalu dah… belanja eh.. hoho
Malu ler sangat..tapi saya tgk Nadot happy go lucky jer…banjer? insyallah bila ada masa terluang.
hahaha..betul la malu…saje berlakon mcam tak segan… hehehe…
insyaallah ade rezki jumpe lagi, memang saya mintak ar abg belanja… hehehe (^_^)
gambar pertama : 2 org perempuan tu adalah rakan setugas saya di sklh – cikRA & ustazah Ain. hari terakhir pendaftaran peserta terus maklumkan kepada mereka supaya turut serta. alhamdulillah mereka berdua menang cabutan bertuah.
sedih juga sbb tak dapat bersama kerana terlibat dalam perhimpunan GM1M yang diadakan pada hari yg sama.
ciklaili.com artikel terbaru saya..ciklaili.com di Himpunan Guru Muda 1Malaysia | GM1M 2013 Zon Tengah
Memang tak kenal pada mulanya,sekarang dah kenal,siap add kat fb lagi dengan ustazah Ain.
Tahun depan boleh datang lagi kan….Insyallah…
dlm hidup ni tak semua perkara yang kita inginkan akan tercapai. hadir ke SBB adalah impian & hadir ke GM1M adalah tuntutan. saya akur untuk memilih tuntutan dari impian..
insya allah ada rezeki nnt boleh jumpa dgn rakan blogger yang lain..
ciklaili.com artikel terbaru saya..Oreo Crepe dan Mango Crepe
haih serius nampak meriah..tahun depan kene join ni..
Jgn lupa datang

azman artikel terbaru saya..Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
terbaik la tu.. dpt emas
tahniahhhhhh atas kemenangan gold bar itu.. waduhhhhhh jelesss hehehee
Tahniah! Wow dapat emas…
A good review. Sy share. Kemain abg dpt emas. Kaya3..salam ukhwah!
Terima Kasih,salam ukhwah…
Meriahnya acara tersebut memberi kesan tersendiri buat saya…oh iya nama saya bukan Dadan Marwan tapi Dadan Darmawan

Dawaihati artikel terbaru saya..Pertemuan Mengesankan Sepetang Bersama Blogger 2013
Owh maaf nanti saya betulin ya…
Kalau aku datang ni sah-sah duk diam je. haha orang tak kenal aku, aku pun tak kenal orang.
Izzat Aziz artikel terbaru saya..Semula
Majlis ni pun untuk kenal mengenal pada yang tak kenal

azman artikel terbaru saya..Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
terima kasih kembali kerana dapat hadir bro, meriahkan majlis dan entri khas ni.
Denaihati artikel terbaru saya..Sepetang Bersama Blogger 2013 Terima Kasih Semua #SBB2013
Sama-sama DH,tak sempat nak salam bila majlis habis

azman artikel terbaru saya..Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
Bestnya dapat GOLD BAR… Huwwaaaaa…
Izzuddin Fauzi artikel terbaru saya..Awek Impian
Itulah..sape suruh balik awal sgt…semua dapat satu sorang…hehehhee
Ustazah Ain menang iPad Mini, tahniah
Yup betul tu bro…
azman artikel terbaru saya..Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
baru smpai dari kuantan ni..menjelajah intai blog kawan2…tengok gambar dan baca kisah peribadi dia orang…
walau baru pertama kali jumpa, kenapa rasa mcm kita pernah jumpa dulu….mcm pernah nampak…
p/s = mcm mana tau umur kak jie..kehkehkeh
Kujie artikel terbaru saya..#SBB2013 Bebel Si Kuda Belang
Memang tak pernah jumpa Kak Jie,dan saya tak pernah join mana2 event,pelanduk 2 serupa kut.Ada orang kata saya iras Rafi Hussain – haha perasan.
Umur Kak Jie secara tepat tak tahu,kalau ikut perkiraan matematik 40 ke atas,anak pun da besar2

azman artikel terbaru saya..Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
tahniah bro.. usaha membawa kejayaan =D
Tq Don!
azman artikel terbaru saya..Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
Terima kasig bang man sudi borak2 ngn ambe..serius rase macam dah lama kenal…moga ada kesempatan lain utk sembang2 lama sambil mengetest ketulenanan emas itu…hehehhehe
tahniah bang man menang emas!
hafizmd artikel terbaru saya..Sehari di #SBB2013 yang Sungguh Hensem & Anggun!
Dah duduk semeja mestilah kena borak,nextime kita sembang pasal blog pulak,ko pun dapat 1gm kan hehehe………….
InshaaAllah. Moga ada next time utk borak2 pasal blog pulak..
tu bini punya…hehehe (dah mintak komisen dah…hahahha)
hafizmd artikel terbaru saya..Surat Untuk Adik:Cerita 17,520 Jam
aku ingat nak pergi majlis ni dengan ko Man. tapi pada tarikh yg sama sepupu aku kahwin. melepas lah. yang 1st dulu pun tak pergi..
wandisini artikel terbaru saya..Ranking #1 di Google
Yang ke tiga mesti jadi Wan……….
Tahniah ya!

Lepas ni boleh jadi saudagar emas pula heh
hafidz artikel terbaru saya..Liverpool FC Magazine – Steven Gerrard
Insyallah,kena study pasal emas pulak lepas nih…
Malangnya HP tak dapat menghadiri majlis sepetang bersama blogger
hatiputera artikel terbaru saya..Panduan Lulus MUET Dengan Cemerlang
Takpa dahulu yang penting,tahun depan ada lagi.
Askm..suka ayat “Dua wanita dihadapan tidak pasti siapakah mereka,sudah tentu blogger.”
Cik laili pun dah kenalkan melalui komen di atas.
Sayala tu..tapi mmg malu jg ramai yg saya tak kenal..skrg dlm proses perkenalan dgn para blogger..
Itulah yang kita dapat kalau join event macam ni,dapat kawan,kalau ada biznez pun boleh berkembang lagi.
huh tahniah bro..sapa sangka rezeki bloggingkan…:)
Budak Felda artikel terbaru saya..10 Blogger Terbaik Malaysia
Memang tak disangka2…Alhamdulillah.
mmg best wpun sekejap je saya masuk.. harap pasni boleh jumpa nak beramah lebih mesra.. rugi tak join sepenuhnya.. saya jaga askar, lau tak dah de sama dgn en suami..
fiezaradzi artikel terbaru saya..Gambar #sbb2013
Anak lebih penting,dapat juga masuk walaupun kejap,jadilah…
tahniah bro utk hadiah gold bar.. susah dan rare tu.
muazfaris artikel terbaru saya..Beli HP Envy 4 di Mesir percuma PlayStation 3
Sama-sama,kalau nak beli sendiri tak rasanya…first time juga ni tgk gold bar.
tak sempat berkenalan lebih panjang dengan pak man
dah risik² harga emas tu?hehe
cikgu naman artikel terbaru saya..iPhone 5 Berbaloi-baloi
Hahhaha,tak per Cikgu..ada masa kita leh sembang2…murah rezeki cikgu
bestnye dapat emas. simpan2… hehe tahun depan kalau ada lagi, saya menyusul
Memang hajat nak simpan jer…turun lah tahun depan,boeh kenal2.
Berhajat nak pergi, tapi terpaksa simpan dalam hati, melainkan kalau ada tiket free.. hehe..
Aretikz artikel terbaru saya..Kekuatan Muslimah Supermarket
bestnye dapat Gold Bar….
rezeki besar tu…….
Tahniah bro…
Manan Qayyim artikel terbaru saya..Suatu Tragedi, Jangan Baca Buku Ini.
Memang best woo…tq2
terima kasih atas sambutannya yang sangat bersahabat Bro… moga lain kesempatan bisa bersua kembali.
Bang Iwan artikel terbaru saya..Berjuta Kesan Dalam Event Sepetang Bersama Blogger 2013
terimakasih sudi datang dan buat entri khas sbb2013, wahhh seronok kan dapat gold bar, kalau akak yang dapat lagi seronok hehe, utk sbb2013 akak dah kenal dengan pak man so berani lah tegur2, dulu sbb2012 belum kenal dan belum jadi blogger cuma jadi penaja jer so segan nak tegur2 semua orang, tahniah ya… gold bar tu kalau simpan 5 tahun harga jadi 5 kali ganda
sweetkurma artikel terbaru saya..wordless wednesday – carian LIKE ke 1000
Terima Kasih sebab sudi taja gold bar tu.Memang saya nak simpan jer sampai beranak pinak nilainya.Tahun ni nampak akak tak malu2 macam tahun lepas.
Apa yang penting,manfaat kita dapat dari SBB2013 ni.Mana yang ada biznes tu makin luaslah pasaran.Blogger macam saya ni,network berkembang.
azman artikel terbaru saya..Review Jangan Baca Buku Ini
tahniah..moga terus success sbagai blogger yg berjaya
tahniah..moga anda semua terus success sbagai blogger yg berjaya
aik,, gua pon duduk semeja ngan lu.. apesal gambar gua tak masuk.. hehehehe