Kelas Asas Fotografi – Tak Rugi Belajar
Alhamdulillah,berjaya juga hadir ke Kelas Asas Fotografi yang dianjurkan oleh seorang blogger dan juga jurufoto yang berpengalaman dalam bidang fotografi.Serius saya katakan,kelas asas ini senang untuk difahami setiap tajuk yang diajar dan kita terus boleh bertanyakan pada Tarmizi Syukri jika ada sebarang soalan yang kita masih blur.Konsep yang macam ni memang terus masuk dalam kepala,maklum lah dah dekat ambang 40 ni agak slow sikit memori menerima input bila masuk dalam kelas yang berhawa dingin.
Sebenarnya ini adalah hobi terbaru saya dan juga ada kaitan sedikit sebanyak dengan projek blog terbaru.Kalau nak ambik gambar blogger retis kena ada skill baru boleh berdiri sama tinggi duduk sama rendah.Kata orang bermula dari minat boleh jadi hobi,dari hobi kalau digilap boleh menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri.Macam blogger ni,sedikit sebanyak apa yang diusahakan dah nampak hasilnya.
Asas dalam photografi ada 3 kena faham,kalau tak faham yang ni bermakna yang belakang-belakang bertambah tak paham.Apa 3 benda tu?
1. Shutter Speed
2. Aperture
3. Iso
Nak tahu lanjut boleh refer sini.
Ok dah banyak melalut,saya nak ulaskan sedikit apa yang dah belajar tadi.Sebelum tu gambar yang akan dikongsi tidaklah sebagus mana sebab masih baru sangat dalam bidang ni,tak sampai sebulan pegang camera.Kalau ada yang cantik pun anggaplah secara tak sengaja tertekan shutter button
Personal coaching yang membuatkan kelas ni best!
Salah satu teknik rules of third supaya nampak gambar tu menceritakan dengan sendiri – nak tahu datang kelas ni hehehe…
Mengunakan setiap setting dalam white balance – susah nak terang sendiri jer paham
Ini cikgu yang tolong shoot,lain kalau orang dah pro.
Yang ni hasil pertama yang berjaya seperti yang dikehendaki,masih ada kekurangan lagi tu,rules of third tak der
Teknik simetri,ada kekurangan lagi kat situ,
Hasil bidikan yang tak seberapa.(teknik rule of 3rd)
Itulah sedikit sebanyak,saya nak terangkan lebih lanjut tak berapa reti,hanya diri sendiri jer yang tahu
*badan sangat penat hari ni







Wah sudah belajar membidik. Boleh buat outing membidik nanti.

akubiomed artikel terbaru saya..Majlis Akad Nikah adik ipar
kita dah ramai geng kekeke.. kene set date ni bro. boleh dah outing ni. heheheh
Azman Ishak artikel terbaru saya..Perlu menetas sebelum boleh bertelur, Perlu jadi murid sebelum boleh menjadi guru
betul2 gian nak menembak lagi
Boleh juga asah skill yg belajar tadi.
skill dah pawer ni.. kekekkee.. ape lagii. outing la lagi sekali. hahahha
Azman Ishak artikel terbaru saya..Perlu menetas sebelum boleh bertelur, Perlu jadi murid sebelum boleh menjadi guru
aduiiii jadi tak sabo nak belajar menembak nih…. mesti best kannnnnn
Best Kak hehehe…cepat2 sambor sebijik
jom jom outing sungai congkak hulu langat
sweetkurma artikel terbaru saya..kejar mengejar di blog sweetkurma
Hahaha……….kena berbincang dengan kaki nembak yang lain hehehe…
bley bt fotoshot utk wedding.. cantek wpon baru
selamat mengasah bakat bro. lepas ni mestilah banyak tayang gambar-gambar hebat.
Denaihati artikel terbaru saya..Peranan tarikh dalam blog anda
Terima Kasih DH,insyallah ada gambar menarik boleh dikongsikan
memang seronok kalau dapat belajar benda baru ni. lama-lama ko dah boleh buat kelas ajar aku pulak..kita lepak kat dulang sambil bawak kamera..

wandisini artikel terbaru saya..Takziah Buat Keluarga Prajurit Negara Yang Gugur
Beruntung bro dapat belajar awal dari cikgu berpengalaman.. lepas ni lagi seronok tangkap gambar
Kulanzsalleh artikel terbaru saya..Kronologi Pencerobohan Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu, Sabah (Dikemaskini)
selagi aku takde dslr..selagi tu la aku tak belajar. haha..
Wow best nie, kat mana kelas tu. nak jugak memahami RO3 dan komposisi nie.
hatiputera artikel terbaru saya..Kad Touch n Go Tidak Sah
thanks sebab sudi join.. kalau nak keluar menembak calling2 ler

tarmizishukri artikel terbaru saya..Bengkel Asas Fotografi 2013
Sama-sama….insyallah ada.plan nak pergi gak tu…
wah, asas dah ada ni boleh pergi advanced pulak lepas nih

hafidz artikel terbaru saya..Gift from Seyra
lepas ni boleh fokus kepada bisnes seperti wedding ke..
semoga berjaya bro
Datin Tyka artikel terbaru saya..Jangan Kau Berlagak
insyallah…kalau dah tahap pro nanti.
Saya suka tengok gambar nombor dua dan 4..kreatiff…
eyriqazz artikel terbaru saya..Perkhidmatan Sewa Mesin Chocolate Fountain
kalau dapat masuk kelas macam ni, memang lagi cepatlah mahir kan..saya dulu minat gak…tapi sekarang bila dah sibuk dengan anak2, nak pegang dslr dan belek2 pun tak sempat dah..hihi..
Puan Bardboo artikel terbaru saya..Koleksi Gambar Irdhina Aneesa
best la ada kamera
Juan artikel terbaru saya..Menjadikan Personal Computer (PC) Sebagai TV Dengan KWorld TV Tuner
teruskan usaha sehingga berjaya okay! sebab selalu jugak saya nampak mula-mula je semangat, lepas tu semnagat hilang (peringatan untuk diri sendiri jugak).. lepas ni boleh asah skill baik baik punya supaya boleh jadi sangat expert! good luck!
Seronok tangkap gambar… Tapi sekarang saya dah kurang minat tangkap gambar pakai kamera besar-besar. Dulu waktu ada compact camera nak beli dslr. Tapi bila adik dah ada dslr… tak berminat pula nak pakai. ;-P
Asas dalam penggunaan kamera sangat penting. Sayang kalau dah beli kamera mahal-mahal tapi guna macam pakai kamera kompak…

Fahmi Raazali artikel terbaru saya..Bahasa Inggeris Rosak a.k.a Broken English
Nak sangat ikut
Oneblogsocial artikel terbaru saya..Partner
Ada DSLR, tp masih tak berapa pandai lagi.. huhuu..

Abg Man ajar boleh?
Myra Jay artikel terbaru saya..Langkawi Trip – Percutian bersama kawan
Cantik la..dalam proses belajar pun gambar dah cantik..hehe
Hafizul artikel terbaru saya..Ulangtahun Perkahwinan