Sembang Kosong

2003-proton-waja-4

Gambar Hiasan

Assalamualaikum!

Bila aku tengok balik last entri aku yang lepas, rupanya dah lama aku tak update blog. Berbulan-bulan bersawang, tapi yang best trafik tetap maintain macam dulu. Kalau nak ikutkan macam-macam benda berlaku sepanjang tempoh blog bersawang. Dari aku hidup zaman mewah hingga ke zaman kemelesetan ekonomi.

Paling tak boleh blah, syarikat yang aku kerja tutup akibat dari kekurangan pelancong dari luar. Hotel 5, 6 bintang pun goyang, inikan pulak 3, 4 dan takde bintang. Kalau kau beringat zaman mewah, takdelah rasa sangat goyang.

Alhamdulillah aku dapat atasi masalah tu. Cuma sangat bosan bila duduk rumah. Bangun pagi hantar anak sekolah. Balik rumah dah tak tahu nak buat apa. Nak melawat kawan-kawan semuanya kerja. Maka ” petak ” lah kau sorang-sorang. Dalam pada tu adalah sikit buat kerja-kerja runner untuk hilangkan rasa bosan.

Kalau takde aral melintang, aku join balik hotel. Cuma tempat yang aku nak kerja ni tempat baru. Jadi kontraktor agak slow buat kerja. Lagi pun pejabat belum siap, macam mana nak kerja. Kalau aku owner pun aku akan hold dulu. Rugi bayar pekerja tapi kerja takde nak dibuat.

Petang tadi bila aku post gambar kereta kesayangan aku dah ada orang beli, ramai kawan komen dan PM. Ada yang tanya aku dah ” broke ” sangat ker. Ada yang tanya aku nak beli kereta apa. Aku sekarang ni tanam anggur, macam mana aku nak beli kereta baru, payslip pun takde. Along pun tak sudi bagi pinjaman kalau kau tak kerja.

Kereta aku tu dah berusia 16 tahun. Tapi masih ok, enjin cantik cuma, cuma….aku tak larat nak tanggung 2 bini hahaha. Nak tak nak jual lah. Aku jual pun pada orang lebih susah dari aku. Anak ramai, ada yang sekolah jauh. Dia beli sebab senang melawat anak dia belajar kat Melaka.

Pada mulanya dia nak beli motor berharga 3, 4 ribu. Aku cadangkan dia beli lah kereta aku tu bayar setengah harga dulu pun ok. Lebihan tu bayar la kat aku sampai habis. Buat apa nak berkira sangat, kita mudahkan urusan orang lain, Insyallah Allah mudahkan hidup kita.

Aku harap tokey hotel tu panggil aku cepat2. Aku dah tak larat duduk rumah. Berat badan pun dah naik. Aku nak kerja cepat2, sekolah pun dah tak lama nak buka. Bermakna duit banyak nak pakai!!! Doakan aku yer kawan2. Pada kawan2 yang selalu tanya aku ” ok ” ke tak, banyak2 terima kasih. Insyallah aku ok, tapi kadang2 rasa nak K.O hahaha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge