Mood Bercuti Sudah Bermula
Bila tiba Tahun Baru Cina orang melayu pun turut sama merasakan kemeriahan nya.Ini bukan sebab kita nak beraya tapi sebab nya,kita akan bercuti panjang.Tahun ni CHNY jatuh pada hari Ahad dan Isnin,jadi hari Selasa adalah cuti ganti bagi yang bekerja di sector kerajaan dan swasta.
Mana yang bekerja dalam pasukan keselamatan dan perubatan atau pekerja bahagian hotel (servis),lepas raya baru boleh ambil cuti.Bagi yang dah biasa tak jadi masalah,bagi yang baru bekerja,nak tak nak kena kerja juga.
Cuti pada kali ini tak pergi melancong kemana-mana.Balik kampung jumpa orang tua,dan anak-anak pun dah tak sabar nak kejar ayam,itik dan bermain tanah.Masa nilah dorang nak main puas-puas,kalau tinggal di Kuala Lumpur peluang untuk “berkubang” tiada,dek kerana isu keselamatan.Di kampung kes culik tidak berlaku atau kes terpencil dan kebimbangan ibu bapa berada pada tahap paling rendah.
Insyallah,pada sebelah petang(esok) akan bertolak ke kampung Maran Pahang,lebih kurang 2 setengah jam untuk sampai.Sejak lebuhraya pantai timur dibuka,masa perjalanan amat singkat,tidak seperti sebelum nya yang mengambil masa hampir 4 jam.
Kepada rakan yang pergi bercuti,berhati-hatilah ketika memandu!Pastikan segala persiapan dirancang dengan rapi bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang akan menyambut nya tidak lama lagi.
GONG XI FA CAI!








selamat bercuti. selamat makan limau banyak-banyak
wandisini artikel terbaru saya..Lebih Senang Salahkan Orang Lain
Hahaha…tq2..
Hati-hati bro. Esok mesti jem kat karak..
Cikgu Hairul artikel terbaru saya..Semakan Keputusan Temuduga SPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41.
Selamat bercuti dan balik kampung. Esok saya dan keluarga akan bertolak ke selatan tanah air.
Selamat bercuti…saya bercuti kat rumah aje
segalabenda artikel terbaru saya..Pertandingan Fotografi Segalabenda.com Bulan Februari
balik kampunglah. baru best..
titan artikel terbaru saya..Komisen ke 15 dan 16 dari Jobdirumah.com
Sebab tau akan jam teruk, dok rumah je cuti ni jalan2 carik makan je. Hihi..
Next week baru balik kg.. Enjoy spend time kat kmpung ye!
salam..

sulah laye la..
horeyyy..angpow besar!
angpow besar!
Bro Zulkbo artikel terbaru saya..Apa Itu Bed Sores Atau Kudis Tekanan? Pencegahan Dan Cara Rawatan
kawan duk rumah je le cuti ni…huhu
yusri artikel terbaru saya..Selamat Hari Lahir ke-5 tahun Puteri Kembarku
selamat bercuti bro… angpau takda ke..hehe
zik artikel terbaru saya..Kos melepas yang perlu kita tahu
selamat bercuti.. rehat2 lah selalu
zool artikel terbaru saya..Beli buku online di Bookcafe.com.my
aku lepak kl jer.. best giler. jalan tak jem
hari nih dah start keje….rasa berat je nak g opis ^_^
selamat mula berkerja .. hihi
Selamat bercuti.. Mesti cuti seminggu ni kan..
Hazmin Hamudin artikel terbaru saya..Tak Habis-Habis Cerita Pasal Valentine’s Day
Alhamdulillah. Semuanya selamat walaupun bang man terserampak ngn makhluk itu =)
Mmg LPT byk jimatkan masa perjalanan. Ambe kalau balik Ganu, LPT yg baru bukak dari bk besi terus ke bukit payung…lagilah jimat =)
Selamat bekerja kembali..hihihi
hafizmd artikel terbaru saya..Wordless Wednesday #30 Kembali