Jom Outing bersama Tarmizi Syukri dan AiMedia

balineese face

 

Jom Outing ( siri 2) anjuran Tarmizi Syukri dan kolaborasi bersama aimedia.my akan diadakan pada 30/3/2014.

Terbuka kepada semua yang berminat, kalau tak ada DSLR pun tak ada masalah, sebab ini adalah outing yang santai sambil TS memberikan tunjuk ajar bagaimana untuk dapat bokeh dengan mengunakan kit lens. Selain dari tu, ada juga tambahan ilmu berkenaan dengan cara guna flash dan cara ambil gambar macam pro dengan mengunakan kamera biasa.

Kalau bulan lepas kelas belajar gunakan flash dah berlangsung di Taman Saujana Hijau Putra Jaya, kali ni adalah pelajaran tambahan untuk peserta. Maklumat lanjut boleh baca di bawah.

Lokasi : Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

Tarikh : 30/3/2014 – Ahad

Masa : 3 ptg – 6 ptg

Yuran : Percuma

Untuk pengetahuan, sesiapa yang join Jom Outing pada kali ni, akan diberi 50% diskaun untuk kelas pada masa akan datang. Saya difahamkan ada hadiah misteri akan diberi (terhad). Secara peribadi, saya suka outing dan perbincangan yang macam ni. Kalau dibuat dalam bilik khas agak membosankan.

Untuk pendaftaran, boleh buat pendaftaran > DAFTAR< di link yang diberikan. Setakat ni ada 16 peserta sudah berdaftar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  1. ada DSLR tapi tak reti guna.dok simpan dlm lemari.sesekali kena jgk joint program santai macam ni.selain drpd timba ilmu baru dpt bertukar2 pendapat & fikiran.

    • Kalau nak boleh register…utk nak dapatkan 50% diskaun, boleh datang pada 30hb ni. Kelas Asas pun tak mahal hanya rm 100.00. Bila dah diskaun dapat separuh harga.